Lemonade Rosmeri

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 500ml air mineral spritzer
  • Daun rosemeri
  • 15g gula
  • 15g madu
  • 5-6 biji lemon

Cara penyediaan minuman:
  • Didihkan 500ml air mineral Spritzer ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan daun rosemeri, gula dan madu. Gaul sehingga larut sepenuhnya. Angkat, dan ketepikan sehingga sejuk sepenuhnya (pati rosemary)
  • Hiris beberapa biji limau nipis untuk hiasan.
  • Perah baki limau nipis dan ketepikan.
  • Masukkan separuh pati rosemeri ke dalam gelas.
  • Masukkan ketulan ais dan isi perahan jus lemon ke dalam gelas.