Laici Pir

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 400ml air Spritzer Sparkling
  • 10 biji laici
  • 3 biji pir
  • Hirisan buah pir untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Hiris buah pir untuk hiasan.
  • Kisar buah pir dengan menggunakan pengisar sehingga menjadi puri halus. Tapis bahan kisar dan ketepikan (pati buah pir).
  • Isi separuh daripada pati buah pir ke dalam gelas dan masukkan laici.
  • Masukkan ketulan ais dan penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Hiaskan dengan hirisan pir.