Limau Pandan Sparkling

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 800ml air Spritzer Sparkling
  • 20-30 helai daun pandan
  • 15g gula perang
  • Hirisan limau nipis

Cara penyediaan minuman:
  • Panaskan air Spritzer Sparkling.
  • Setelah mendidih, masukkan daun pandan dan rebus sehingga 7-10 minit dalam api perlahan. Tambahkan gula perang, ketepikan dan biarkan sejuk (pati pandan).
  • Dalam gelas bersaiz sederhana, masukkan ketulan ais dan tuang separuh pati pandan.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Tambah hirisan limau nipis dan daun pandan.