Sparkling Oren Thyme

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 380ml air Spritzer Sparkling
  • 60ml madu
  • 7-10 tangkai daun thyme
  • 6-8 biji oren
  • Daun Thyme untuk hiasan
  • Hirisan oren kering untuk hiasan (pilihan)

Cara penyediaan minuman:
  • Renehkan madu, daun thyme dan air Spritzer Sparkling ke dalam periuk sehingga madu larut.
  • Angkat dan keluarkan daun thyme setelah sejuk (pati Sirap Thyme).
  • Perah oren dengan mengunakan pemerah jus dan ketepikan.
  • Masukkan separuh pati sirap Thyme, ketulan ais, dan perahan oren ke dalam gelas.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Hiaskan dengan setangkai daun thyme dan hirisan oren kering/segar (pilihan).