Mangga Vanilla

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 160ml air Spritzer Sparkling
  • 20ml air mineral Spritzer
  • 2 biji puri mangga
  • 20g kunyit
  • 20g sirap vanila
  • 1 biji limau nipis, dijus
  • 20g madu
  • Daun limau purut untuk hiasan
  • Hirisan limau nipis untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Kisar mangga dan kunyit hingga sebati. Kemudian, tapiskan.
  • Perah limau nipis dan ketepikan.
  • Larutkan madu dengan sedikit air mineral Spritzer.
  • Sediakan hirisan limau nipis untuk hiasan.
  • Masukkan 10g sirap vanila ke dalam gelas.
  • Masukkan ketulan ais dan isi separuh gelas dengan puri mangga & kunyit.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Hiaskan dengan hirisan limau nipis dan daun limau nipis.