Markisa Blackcurrant Mangga Sparkling

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 360ml air Spritzer Sparkling
  • 1 biji mangga
  • 40ml kordial blackcurrant
  • 1 biji buah markisa
  • Daun Rosemeri sebagai hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Kisar mangga sehingga halus untuk dijadikan puri mangga.
  • Campurkan air Spritzer Sparkling dengan kordial blackcurrant ke dalam satu bekas lain untuk dijadikan pati blackcurrant.
  • Kemudian masukkan puri mangga kedalam gelas hidangan sehingga separuh.
  • Tambah ½ biji buah markisa.
  • Penuhkan gelas dengan pati Blackcurrant.
  • Hias minuman dengan rosemeri.