Oren Limau Gedang Soda

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 400ml air Spritzer Sparkling
  • 2 biji limau gedang
  • 2 biji oren
  • ½ biji lemon
  • Daun rosemeri untuk hiasan
  • Hirisan limau gedang segar untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Perah limau gedang, oren dan lemon dengan menggunakan pemerah jus. (pati jus)
  • Masukkan ketulan ais ke dalam gelas.
  • Tambahkan separuh daripada pati jus.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Hiaskan dengan hirisan limau gedang dan rosemeri.