Punch Buah Teh Ais

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 30g daun teh hitam
  • 800ml air Spritzer Sparkling
  • 10-20g madu
  • 3-5 biji buah oren
  • ½ biji nenas
  • 3 biji limau nipis
  • 160ml air halia
  • Daun pudina

Cara penyediaan minuman:
  • Panaskan air Spritzer Sparkling.
  • Setelah mendidih, angkat dan rendam teh hitam selama 4-5 minit.
  • Tambah madu, ketepikan dan biarkan sejuk (pati teh hitam).
  • Potong limau dan oren. Potong nenas dalam bentuk ketulan. Ketepikan untuk hiasan.
  • Dengan menggunakan pemerah jus, sediakan jus nenas, oren dan limau nipis. (pati jus)
  • Lapiskan hiasan iaitu limau nipis, oren, nenas dan daun pudina ke dalam balang.
  • Masukkan kiub ais dan tuangkan halia
  • Tuangkan pati teh hitam perlahan-lahan sehingga penuh gelas dan sedia dinikmati.