Punch Bunga Raya

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 600ml air Spritzer Sparkling
  • 6g daun teh roselle
  • 5-10 keping rasberi segar (pilihan)
  • 1 biji oren
  • 2 biji epal merah
  • ¼ biji lemon
  • Rasberi segar untuk hiasan (pilihan)

Cara penyediaan minuman:
  • Masak air Spritzer Sparkling sehingga mendidih.
  • Masukkan daun teh roselle dan rasberi (pilihan) dan rendam selama 3-5 minit. Tapis dan ketepikan (pati Roselle).
  • Dengan menggunakan pemerah jus, sediakan jus epal dan oren (pati jus).
  • Perahkan sedikit jus lemon dan masukkan separuh daripada pati jus ke dalam gelas.
  • Masukkan ketulan ais dan separuh daripada pati roselle.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.