Sagu Kelapa Beraya

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 700ml air Spritzer Sparkling
  • 1 biji mangga
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 200ml santan
  • 20g biji sagu mutiara

Cara penyediaan minuman:
  • Panaskan 300ml air Spritzer Sparkling ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu. Hidupkan api ke sederhana dan didihkan selama 7-10 minit sehingga sagu menjadi lut sinar. Toskan dan rendam dalam air suhu bilik dan ketepikan.
  • Kisar mangga sehingga menjadi puri yang halus dan ketepikan.
  • Campurkan santan dengan susu pekat dan 200ml air Spritzer Sparkling ke dalam jag. Kacau susu pekat sehingga sebati (pati santan).
  • Masukkan separuh puri mangga, sagu dan ketulan ais ke dalam gelas.
  • Penuhkan gelas dengan pati santan.