Sitrus Telang Sparkling

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 650ml air Spritzer Sparkling
  • 6g bunga telang
  • 15g gula putih
  • 1 biji lemon
  • Hirisan lemon untuk hiasan
  • Bunga telang untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Panaskan air Spritzer Sparkling. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan bunga telang dan gula. Rendam selama 3-5 minit, tapis dan biarkan sejuk (pati bunga telang).
  • Hiris lemon untuk hiasan.
  • Sediakan jus lemon yang telah diperah.
  • Tuangkan separuh jus lemon ke dalam gelas.
  • Seterusnya, masukkan 100ml pati bunga telang.
  • Masukkan ketulan ais. Tambah 150ml air Spritzer Sparkling.
  • Penuhkan gelas dengan pati bunga telang dan hiaskan dengan hirisan lemon.