Soda Jambu Rasberi

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 300ml air Sparkling Spritzer
  • 60ml jus jambu batu merah jambu
  • 140ml jus rasberi
  • Daun pudina untuk hiasan
  • Rasberi segar untuk hiasan
  • Hirisan oren segar atau kering untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Isikan 70ml jus rasberi ke dalam gelas dan masukkan 30ml jus jambu batu merah jambu. Kacau rata.
  • Tambahkan ketulan ais dan penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling.
  • Hiaskan dengan daun pudina, rasberi dan hirisan oren.