Soda Mangga & Limau

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 400ml air Spritzer Sparkling
  • Puri mangga
  • 3 biji limau nipis
  • 20g sirap vanila
  • Daun pudina untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Kisar mangga sehingga menjadi puri.
  • Perah limau nipis dan ketepikan.
  • Masukkan 10g sirap vanila ke dalam gelas.
  • Seterusnya, masukkan separuh daripada puri mangga dan jus limau nipis.
  • Masukkan ketulan ais dan daun pudina.
  • Penuhkan gelas dengan air Spritzer Sparkling. Sedia untuk dihidang.