Soda Strawberi & Selasih

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 400ml air Spritzer Sparkling
  • 150g strawberi yang telah dikisar
  • 20g sirap vanilla
  • Daun selasih
  • Hirisan strawberi sebagai hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Kisar strawberi sehingga halus. Kemudian tambahkan sirap vanilla (pati strawberi).
  • Letakkan daun selasih yang telah dicarikkan ke dalam gelas hidangan.
  • Kemudian isi separuh pati strawberi ke dalam gelas.
  • Tambahkan ketulan ais.
  • Penuhkan gelas dengan air sparkling Spritzer.
  • Hias minuman dengan hirisan strawberi.