Sparkling Jambu Batu & Kelapa

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 360ml air Spritzer Sparkling
  • 120ml jus jambu batu merah jambu
  • 60ml santan
  • 2 biji limau nipis
  • Daun pandan untuk hiasan
  • Bunga yang boleh dimakan untuk hiasan (pilihan)

Cara penyediaan minuman:
  • Kisar santan dan jus jambu batu merah jambu dengan menggunakan pengisar dan ketepikan (pati jus jambu batu merah jambu).
  • Isi air Spritzer Sparkling sehingga separuh gelas.
  • Perah ½ biji limau nipis ke dalam gelas.
  • Penuhkan gelas dengan pati jus Jambu Merah Jambu.
  • Hiaskan dengan daun pandan dan bunga yang boleh dimakan (pilihan).