Sparkling Selasih Blackcurrant

Bahan-bahan:
  • 1 sudu Biji Selasih
  • 30g Kordial Blackcurrant
  • Buah Laici
  • Koktel Buah-buahan
  • 10g Jus Limau
  • Air Spritzer Sparkling
  • Ais
Hiasan:
  • Daun Pudina

Cara:
  • Bancuh satu sudu biji selasih dan biarkan sejuk.
  • Setelah sejuk, tuangkan 30g kordial blackcurrant ke dalam bahagian bawah cawan.
  • Potong buah laici kepada dua bahagian.
  • Masukkan koktel buah-buahan dan laici ke dalam cawan.
  • Masukkan ais sehingga separuh cawan.
  • Tambahkan biji selasih.
  • Tambahkan 10g jus limau.
  • Tuangkan air Spritzer Sparkling sehingga memenuhi cawan.
  • Hiaskan dengan daun pudina.