Teh Pudina Laici

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 500ml air Spritzer Sparkling
  • 6-8g daun teh hitam atau 2 uncang teh hitam
  • 10 biji laici
  • Daun pudina
  • 10-20g gula putih/perang
  • 1 biji limau nipis
  • Hirisan limau nipis untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Panaskan air Spritzer Sparkling. Setelah mendidih, angkat dan masukkan daun pudina, gula dan teh hitam. Ketepikan dan biarkan sejuk (pati teh hitam)
  • Masukkan laici ke dalam gelas.
  • Masukkan kiub ais dan perahkan ½ biji limau nipis.
  • Penuhkan gelas dengan pati teh hitam.
  • Hiaskan dengan hirisan limau nipis dan pudina.