Strawberry Selasih

Bahan-bahan:

Resipi untuk 2 hidangan.

  • 500ml air Spritzer Sparkling
  • 150g strawberi segar
  • 160ml air halia
  • 12g selasih
  • Daun thyme untuk hiasan

Cara penyediaan minuman:
  • Rendam biji selasih dalam 200ml air Spritzer Sparkling selama 5 minit.
  • Kisar strawberi sehingga menjadi puri.
  • Masukkan separuh daripada puri strawberi ke dalam gelas.
  • Tapis biji selasih dan masukkan separuh bahagian ke dalam gelas.
  • Masukkan ketulan ais dan 150ml air Spritzer Sparkling.
  • Penuhkan gelas dengan air halia.
  • Hiaskan dengan daun thyme.